TENTANG DIRI SAYA
Nama saya Muhammad Tri Hartono. Saya berusia 19 tahun dan merupakan
seorang Mahasaisswa Tingkatan 1 di Gunadarma University.Saya dilahirkan pada delapan Desember tahun 1997 di sebuah
hospital swasta yang terletak Jakartar. Saya
mempunyai 2 Kakak dan merupakan anak ketiga dalam
keluarga.
Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya amat
bersyukur kepada Tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan
yang bergelar ayah,ibu,abang yang membentuk keluarga saya. Ayah
dan ibu merupakan merupakan individu yang paling saya sayangi dan
hormati dalam hidup saya. Walaupun kadang kala saya gagal menurut
perintah mereka dan melakukan kesilapan,mereka tetap menyayangi saya dan
menasihati saya serta sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya.
Saya juga mempunyai seorang abang Abang saya yg perama berusia 28 tahun dan yg kedua berusia 25 tahun . Kami telah dididik dengan baik oleh
kedua ibu bapa kami. Sekiranya kami melakukan kesilapan,ayah saya akan
menasihati kami dengan cara yang baik dan tidak pernah menghukum kami.
Saya dan kakak saya boleh dikatakan sebagai individu yang
memiliki sikap degil atau keras kepala. Namun begitu, jika dilihat dari
perspektif yang positif, kami boleh dianggap sebagai individu yang
berpendirian tegas.
Selain itu,saya merupakan seorang yang berkeyakinan
tinggi. Saya yakin bahawa saya akan dapat melakukan yang terbaik dalam
apa jua tugas yang dilakukan sekiranya dilaksanakan dengan cara yang
betul dan disertai dengan usaha yang gigih. Selain itu,doa turut menjadi
faktor kejayaan seseorang. Justeru, setiap usaha yang diambil perlu
disulami dengan doa dan iltizam yang tinggi.
Saya suka melakukan tugas-tugas saya secara
sistematik. Oleh itu,saya akan menjalani aktiviti harian saya
berpandukan jadual harian yang telah saya sediakan. Hal ini juga amat
membantu saya menguruskan masa dengan bijak kerana saya sentiasa
mengetahui apa yang perlu saya lakukan pada masa-masa tertentu.
Justeru,saya dapat mengelakkan pembaziran masa. Tambahan pula,pengurusan
masa yang baik amat penting kepada saya yang memikul tanggungjawab
sebagai seorang pelajar.
Pada masa senggang,saya gemar membaca buku. Antara
bahan bacaan yang menjadi pilihan saya ialah novel,majalah,dan buku-buku
fiksyen. Saya gemar membaca kerana saya mendapat kepuasan apabila
membaca. Selain itu,saya amat suka melayari internet dan membaca untuk
mengumpul maklumat mengenai kerjaya profesional yang mungkin akan saya
ceburi kelak. Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang
sesuatu kerjaya sebelum menceburinya supaya saya akan dapat membuat
keputusan mengikut minat saya.
Subjek kegemaran saya ialah BahasaInggris,FisikaPendidikan Islam dan juga Sains. Saya meminati bidang
undang-undang dan bercita-cita untuk menjadi seorang Teknisi pada masa
depan. Saya merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Saya ingin
menjadi seorang yang berilmu supaya saya akan dapat mencapai kejayaan
dalam hidup dan akan sentiasa dihormati.